LOGIN STR : FASA 2 2025 SEMAKAN STATUS ONLINE

LOGIN STR : FASA 2 2025 SEMAKAN STATUS ONLINE

Kumpulan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak dipilih adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) yang juga merangkumi hampir 60 peratus (%) daripada rakyat berusia dewasa di Malaysia.

Bagaimanakah semakan status STR fasa 2? Ketahui info yang lebih lanjut sehingga bawah.

BACA JUGA : MYKASIH CHECK 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

TARIKH STR FASA 2 MULA DIBAYAR

Tarikh bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah dianggarkan seperti berikut:

PERKARATARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2Mulai 3 April dan berperingkat

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025

Jumlah bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
ISI RUMAH B40
PENDAPATAN BAWAH RM2,500
ISI RUMAH M40
PENDAPATAN BAWAH RM5,000
RM150 hingga RM650
(tertakluk bilangan anak)
RM100 hingga RM300
(tertakluk bilangan anak)
  • KATEGORI BUJANG
BUJANG/BALU/DUDA/JANDA
UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG/BALU/DUDA/JANDA
UMUR HINGGA 59 TAHUN
RM150RM150

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2025

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa (2) adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu:

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus kedalam akaun bank
penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa mengemukakan permohonan STR.
Diberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

PAUTAN RASMI LOGIN STR

Untuk semakan online hanya boleh dibuat melalui pautan rasmi berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmahhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN LOGIN SEMAKAN STATUS STR FASA 2 2025 ONLINE

Ikuti cara-cara semakan status seperti berikut:

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber yang sahih di:

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf

Leave a Comment