STR 2027 BUJANG : CARA PERMOHONAN BAHARU SECARA ONLINE

STR 2027 BUJANG : CARA PERMOHONAN BAHARU SECARA ONLINE

Terkini! Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) KATEGORI BUJANG diteruskan untuk tahun 2027, dengan pelaksanaan bayaran tanpa tunai (cashless) yang digantikan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah cara permohonan baharu secara online str 2027 bujang? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS STR FASA 4 – 2026 ONLINE

STR BUJANG

Untuk makluman, pelaksanaan STR BUJANG adalah berbeza dengan kategori lain, di mana individu bujang akan menerima pembayaran melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMANFAAT/KEGUNAAN
MyKad (Kad Pengenalan)Boleh digunakan untuk penebus/perbelanjaan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA, di kedai atau pasar raya berdaftar

Namun, untuk terus menerima bantuan ini penerima mestilah merupakan pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus ‘Lulus’ Permohonan.

SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG

Syarat dan kelayakan permohonan STR 2027 BUJANG, terdiri daripada :

KATEGORI PENERIMAKELAYAKAN PENERIMA
BujangWarganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21 sehingga 59 tahun; atau

Orang Kurang Upaya (OKU)
berumur 19 tahun dan ke atas;

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.

Info penting :

  • Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) IPTA atau IPTS yang menuntut secara sepenuh masa (full-time) TIDAK LAYAK membuat PERMOHONAN STR BUJANG 2027.
  • Walau bagaimanapun, pelajar pengajian sambilan (part-time), separuh masa yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri bawah RM2,500 adalah LAYAK untuk memohon.

KADAR KELAYAKAN STR BUJANG

Pemohon atau penerima STR 2027 BUJANG, akan menerima bantuan melalui pembayaran di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan amaun seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BULANANTOTAL SETAHUN
Bujang
(Miskin/ Miskin Tegar eKasih)

RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM1,200)
Bujang
(Bukan Miskin / Miskin Tegar eKasih)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM600

JADUAL PENYALURAN STR BUJANG

Penerima STR 2027 BUJANG akan menerima pembayaran setiap bulan seperti berikut :

BULAN BAYARANBUJANG
(EKASIH)
BUJANG
(BUKAN EKASIH)
JanuariRM100RM50
FebruariRM100RM50
MacRM100RM50
AprilRM100RM50
MeiRM100RM50
JunRM100RM50
JulaiRM100RM50
OgosRM100RM50
SeptemberRM100RM50
OktoberRM100RM50
NovemberRM100RM50
DisemberRM100RM50
TOTALRM1,200RM600

Tarikh rasmi pengkreditan elaun bulanan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima akan dikemas kini dari semasa ke semasa

PERMOHONAN STR 2027 BUJANG

Panduan lengkap cara permohonan baharu STR 2027 BUJANG online di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  7. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  8. Isikan Maklumat pemohon :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
    • Pekerjaan;
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  9. ⁠Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  10. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  11. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  12. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  13. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  15. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  16. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  17. Muat naik dokumen Sokongan.
  18. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  19. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  20. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  21. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  22. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  23. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  24. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  25. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  26. ⁠Selesai.

Info Penting : Hanya individu bujang yang LULUS permohonan STR sahaja akan menerima elaun bulanan SARA

BORANG PERMOHONAN STR

Kertas borang rasmi permohonan STR 2027 BUJANG (borang BK-01) :

SUMBER MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem

Leave a Comment