BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS

BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS

Kerajaan Malaysia telah menaikkan bajet Bantuan Tunai Rahmah (STR) 2025 daripada RM10 bilion pada tahun 2024 sehingga RM13 Bilion pada tahun 2025 yang memungkinkan kenaikan taraf hidup golongan B40 supaya kehidupan lebih sejahtera dan aman.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR : FASA 2 2025 ONLINE

TARIKH BANTUAN STR

Tarikh untuk semakan status bayaran STR Fasa 2 2025 adalah seperti berikut :

PERKARATARIKH
STR FASA 2 20253 APRIL 2025

Pembayaran STR Fasa 2 dijadualkan bermula pada 3 April 2025 dan akan dilakukan secara berperingkat. Namun, tarikh ini tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan boleh berubah mengikut keperluan semasa.

Pihak kami akan kemaskini tarikh rasmi apabila ia diumumkan kelak.

JUMLAH STR 2025

Kadar bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan mengikut kategori seperti dibawah :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM2500 kebawah
Tiada anak : RM1,000
1 hingga 2 anak : RM1,500
3 hingga 4 anak : RM2,000
5 anak keatas : RM2,500
Isi rumah berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
Tiada anak : RM500
1 hingga 2 anak : RM750
3 hingga 4 anak : RM1,000
5 anak keatas : RM1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan RM5000 dan kebawah
RM600
Bujang berpendapatan
RM2500 dan kebawah
RM600

SYARAT STR 2025

Syarat dan kategori kelayakan bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK BANTUAN STR

Anda boleh rujuk panduan lengkap cara login untuk semakan status kelayakan dan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 di bawah ini.

SEMAK BANTUAN STR 2025

  1. Layari portal rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Pada halaman utama, klik butang [TUTUP] untuk menutup pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan; klik [Ya] jika betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  8. Profil anda akan dipaparkan, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Skrol ke bawah dan klik butang [Maklumat Bayaran].
  11. Status Bayaran Penerima STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda sekarang.

Leave a Comment