PERMOHONAN STR 2027 : CARA DAFTAR ONLINE
Kerajaan membuka peluang permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerimaan bagi tahun 2027 kepada 9 juta rakyat B40 dan M40 yang belum berpeluang menerima bayaran untuk tahun 2026.
Bagaimanakah cara daftar permohonan STR secara online? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH RM100 2026 : CEK BAYARAN SARA DALAM MYKAD
JUMLAH BAYARAN STR 2027
Peruntukan sebanyak RM16 billion akan disalurkan kepada 9 juta rakyat yang layak melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM600 3 – 4 anak : RM1,100 >5 anak : RM1,600 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Bujang Umur 21 – 59 tahun | Diganti SARA |
| Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM600 |
Kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan secara automatik layak menerima bantuan tambahan disalurkan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA ASAS | PENERIMA E-KASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM1,800 | RM3,000 |
| Isi Rumah M40 | RM1,200 | – |
| Bujang Umur 21 – 59 tahun | RM600 | RM1,200 |
| Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM600 | RM1,800 |
TARIKH PERMOHONAN STR 2027
Untuk terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2027, permohonan boleh dikemukakan bermula pada tarikh berikut :
- Bermula 1 Oktober 2026 – Permohonan secara bersemuka di Pejabat HASiL.
- Bermula 15 Oktober 2026 – Permohonan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA STR
Namun sebelum kemukakan permohonan, pemohon perlu mengetahui kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah. Berikut merupakan kriteria kelayakan bagi setiap kategori :
- Isi Rumah :
- Warganegara : Malaysia.
- Had Umur : Tiada had umur.
- Status Perkahwinan :
- Berkahwin – Ada / tiada anak.
- Balu / Bercerai – Ada anak masih tanggungan.
- Kadar Pendapatan :
- B40 – Bawah RM2,500 sebulan.
- M40 – RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Warganegara : Malaysia.
- Had Umur :
- OKU – 19 tahun dan ke atas.
- Biasa – 21 hingga 59 tahun.
- Warga Emas – 60 tahun dan ke atas.
- Status Perkahwinan :
- Bujang / Balu / Bercerai – Tiada anak / anak bukan tanggungan.
- Kadar Pendapatan :
- Bujang – tidak lebih RM2,500 sebulan.
- Warga Emas – tidak lebih RM5,000 sebulan.
PERMOHONAN STR 2027
Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara dalam talian melalui Portal Rasmi MySTR seperti panduan di bawah :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Bagi pembaca yang mempunyai masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Permohonan STR, boleh rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang tertera di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Segala maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk dari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan dikongsikan untuk mudahkan carian berkaitan “Permohonan STR 2027”.
Pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang telah dikongsikan dalam artikel ini.