SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2025

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah salah satu usaha Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat menghadapi kos hidup yang semakin meningkat. Untuk tahun ini, bantuan ini diberikan sebanyak empat kali, dan Fasa 4 akan dilaksanakan pada November 2025.

Artikel ini menerangkan cara untuk menyemak status STR Fasa 4 anda, termasuk jadual bayaran, jumlah bantuan yang anda layak terima, dan bagaimana untuk membuat rayuan jika perlu.

Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4 2025

Menurut kenyataan daripada Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 dijadualkan pada bulan November 2025. Pembayaran ini akan dibuat secara berperingkat mulai minggu kedua bulan November, terus ke akaun bank penerima yang layak. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau jika pembayaran gagal dikreditkan, mereka boleh menuntut bayaran tunai di cawangan BSN yang berdekatan.

Nota : Tarikh pembayaran Fasa 4 akan dikemas kini sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Kerajaan atau LHDNM.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4 2025

Berikut adalah jumlah bantuan yang anda boleh terima, mengikut kategori dan pendapatan :

  • Isi Rumah dengan Pendapatan RM2,500 atau Kurang
    • Tiada anak : RM200
    • 1-2 anak : RM350
    • 3-4 anak : RM500
    • 5 anak atau lebih : RM700
  • Isi Rumah dengan Pendapatan Antara RM2,501 – RM5,000
    • Tiada anak : RM100
    • 1-2 anak : RM200
    • 3-4 anak : RM250
    • 5 anak atau lebih : RM350
  • Bujang (Berumur 21-59 Tahun, Pendapatan RM2,500 atau Kurang)
    • Bantuan sebanyak RM150
  • Warga Emas Tanpa Pasangan (Berumur 60 Tahun atau Lebih, Pendapatan RM5,000 atau Kurang)
    • Bantuan sebanyak RM150

Cara Semakan Status STR Fasa 4

Anda boleh menyemak status kelayakan dan pembayaran STR Fasa 3 dengan cara berikut:

  • Layari portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad dan Kata Laluan
  • Pilih Semakan Status Permohonan
  • Status akan dipaparkan (Lulus / Tidak Lulus / Dalam Proses)
  • Jika pembayaran sudah dibuat, anda akan dapat melihat tarikh dan jumlah yang diterima.

Cara Membuat Rayuan STR 2025

Jika permohonan anda tidak berjaya, atau anda ingin mengemaskini maklumat :

  • Anda boleh membuat rayuan secara online melalui portal MySTR.
  • Atau, anda boleh pergi ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pusat Transformasi Bandar (UTC), atau Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) yang berdekatan.
  • Jangan lupa bawa dokumen sokongan seperti slip gaji, sijil nikah, atau surat pengesahan pendapatan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Tambahan

Selain STR, anda juga mungkin layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025. Bantuan ini diberikan melalui kredit dalam MyKad anda untuk membeli barangan keperluan asas.

  • Isi rumah : sehingga RM2,100 setahun.
  • Warga emas : sehingga RM1,650 setahun.
  • Bujang miskin tegar : RM600 setahun.

Soalan Lazim (FAQ)

Siapa yang layak dapat STR Fasa 4?

Keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah, individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah, dan warga emas (60 tahun ke atas, tanpa pasangan).

Macam mana nak tahu layak STR atau tak?

Semak di portal MySTR guna nombor MyKad dan kata laluan.

Bila STR Fasa 4 akan dibayar?

Tarikh pembayaran akan diumumkan oleh pihak kerajaan dan akan dikemas kini diportal rasmi.

Boleh ke saya buat rayuan kalau permohonan saya tak berjaya?

Boleh. Rayuan boleh dibuat melalui portal MySTR atau di cawangan LHDNM.

Kesimpulan

STR Fasa 4, 2025 adalah bayaran terakhir untuk tahun ini dan dijangka akan bermula pada November 2025. Pastikan anda menyemak status anda di portal MySTR untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini. Kerajaan berharap, dengan adanya bantuan STR dan SARA, beban kewangan rakyat, terutama golongan B40 dan M40 yang berpendapatan rendah, dapat diringankan.

Untuk semakan, layari portal rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Baca Info Lain :

.

Leave a Comment