TARIKH STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Individu yang lulus permohonan STR akan menerima bayaran secara automatik secara tunai, di mana jumlah keseluruhan bayaran diterima adalah berdasarkan fasa kelulusan permohonan STR tersebut.

Bilakah tarikh bayaran Str Fasa 3? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3

Penerima Bantuan STR 2025 fasa 3 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK STATUS KELAYAKAN STR

Status Bantuan Sumbangan tunai rahmah ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

TARIKH STR FASA 3

Menurut kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan, bayaran Bantuan Tunai STR (Fasa 3) akan mula dikreditkan secara berperingkat dalam bulan Ogos 2025. Walau bagaimanapun, berdasarkan pola pembayaran sebelum ini,duit bantuan dijangka mula masuk ke akaun penerima sekitar hujung bulan Ogos, bergantung kepada sistem dan kelulusan bank masing-masing.

CARA BAYARAN STR FASA 3

Kaedah Pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut:

  1. Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  2. Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment