BANTUAN 100 MADANI 2025 : SEMAKAN ONLINE BANTUAN SARA ONE OFF

BANTUAN 100 MADANI 2025 : SEMAKAN ONLINE BANTUAN SARA ONE OFF

YAB Perdana Menteri baru-baru ini telah mengumumkan ‘Penghargaan Kapada Rakyat Malaysia’ dengan memperuntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat melalui Bantuan SARA RM100 secara One-off.

Bagaimanakah semakan bantuan 100 madani? Ikuti info lanjut di bawah sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAK STATUS ONLINE SARA ONE OFF

SYARAT LAYAK BANTUAN 100 MADANI

Antara kriteria-kriteria kelayakan penerima Bantuan SARA One-off adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas;
  • Tidak mengira had pendapatan.

SEMAK STATUS LAYAK 100 MADANI

Untuk mengetahui status kelayakan penerima Bantuan SARA RM100 One-off, ikuti panduan cara semak status seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Nota : Semakan Status Penerima SARA One-off adalah bermula pada 21 Ogos 2025.

TARIKH BAYARAN 100 MADANI

Pelaksanaan bayaran Bantuan SARA One-off adalah mengikut tarikh berikut :

TARIKH BAYARAN
MASUK SARA ONE OFF
TARIKH AKHIR
GUNA SARA ONE OFF
31 Ogos 2025, AHAD31 Ogos 2025, AHAD

BARANGAN BANTUAN RM100 SARA

Bantuan SARA RM100 ONE OFF yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk

CARA BAYARAN 100 MADANI

Berikut merupakan cara bayaran Bantuan SARA One-off kepada semua penerima :

  • SEMENANJUNG MALAYSIA : Dibayar RM100 sekaligus secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
  • SABAH,SARAWAK DAN LABUAN : Dibayar RM100 sekaligus secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-Off, sila rujuk pihak berwajib di :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment