SEMAKAN STATUS STR BUJANG (FASA 4 2025)

SEMAKAN STATUS STR BUJANG (FASA 4 2025)

Ingin tahu status penerima STR Bujang untuk tahun 2025? Artikel ini menerangkan syarat kelayakan, jadual pembayaran terkini, dan panduan untuk menyemak status kelayakan terkini bantuan STR anda.

SEMAKAN STATUS STR BUJANG

PENGENALAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan wang tunai daripada kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah. Untuk tahun 2025, individu bujang yang memenuhi syarat akan menerima STR Bujang sebanyak RM600.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan individu yang berkelayakan melalui sumbangan tunai untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanakah semakan status str bujang? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS 2025

CARA SEMAKAN STATUS STR BUJANG

Golongan Bujang boleh membuat semakan status Bantuan Tunai STR fasa empat (4) pada pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan‘ tanpa tanda sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. ‘Frasa Keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  11. Status bayaran penerima Bujang akan dipaparkan.
  12. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR BUJANG FASA 4 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut :

FASA BAYARANJUMLAH BAYARANTARIKH BAYARAN
FASA (4)RM15018 Oktober 2025

SYARAT LAYAK STR BUJANG 2025

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 :

  • Isi Rumah
    • Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
    • Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    • Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Bujang
    • Warganegara Malaysia;
    • Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR BUJANG

  1. Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
    • Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
  3. Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
    • Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
  4. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
  5. Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
  6. Bilakah tarikh akhir permohonan Bantuan STR Fasa 4?
    • Permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan pada bila-bila masa sebelum 30 September 2025.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai
STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut :

Leave a Comment