REGISTER TABIKA KEMAS 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN ONLINE
Permohonan kemasukan ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS 2026 kini dibuka bermula 25 Mei sehingga 31 Ogos 2025, untuk makluman lebih lanjut, ibu bapa boleh membuat permohonan bagi anak-anak untuk memasuki Taska / Tabika KEMAS secara online.
Bagaimanakah Cara Register 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : INSTEP INTAKE 2025 : SEMAKAN SYARAT KEMASUKAN & CARA PERMOHONAN ONLINE
APA ITU TABIKA KEMAS
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska.
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu :
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun,
- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun.
SYARAT KEMASUKAN SIRI 2026 TABIKA KEMAS
Syarat kemasukan ke Taska Kemas adalah seperti berikut :
- Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
- Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
- Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2025/2026 akan dibuka mulai 25 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025
- Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
- Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
- Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.
- Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
- Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
- Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup permohonan.
DOKUMEN SEMASA REGISTER TABIKA KEMAS
Untuk kemasukan ke Kemas, Ibu bapa perlulah menyediakan dokumen seperti berikut :
- Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
- Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
- Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.
BERAPAKAH YURAN TABIKA KEMAS 2026
Sebelum mendaftar ibu bapa perlu tahu kadar yuran seperti berikut :
| KATEGORI | JENIS BAYARAN | PERKARA | KADAR (RM) |
|---|---|---|---|
| A | Wajib | – Pendaftaran – Insurans – Sumbangan Bulanan | – RM10.00 – RM10.00 – RM5.00 ke RM25.00 |
| B | Pilihan | – Baju Sukan – Pakaian Seragam – Tudung (Digalakkan untuk yang beragama Islam) | – RM30.00 – RM30.00 – RM10.00 |
TARIKH PERMOHONAN TASKA 2026
Tarikh permohonan kemasukan adalah seperti berikut :
- Permohonan kemasukan ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS akan dibuka bermula 25 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
- Telefon : 03-8891 2682
- Laman web : https://www.kemas.gov.my/
Hi…
Location tabika kemas area setia alam Ade tak?