BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Berita baik yang diumumkan, penambahbaikan sistem pelaksanaan Program Bantuan dalam Mykad (Mykasih) dalam menyelaraskan cara pengkreditan kepada golongan penerima Isi Rumah, Warga Emas dan juga Bujang adalah bagi memudahkan lagi rakyat untuk menerima dan mengunakan bantuan.
Bagaimanakah Cara Semak Bantuan Dalam Mykad? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD
MyKasih 2025, juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah(SARA),adalah
bantuan kewangan bulanan yang disalurkan melalui MyKad untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit yang mengambil bahagian. Ia adalah bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40), warga emas, dan ibu/bapa tunggal yang layak. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui penggunaan MyKad.
CARA KREDIT SARA DALAM MYKAD
Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | CARA PENGKREDITAN |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima pada setiap bulan |
Sabah, Sarawak & Labuan | Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima pada setiap bulan |
SENARAI LULUS BARANGAN DALAM MYKAD
Barangan yang diluluskan didalam Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
SEMAK TARIKH KREDIT KEDALAM MYKAD
Berikut merupakan tarikh pengkreditan Mykasih yang terkini pada bulan ini :
JUMLAH PENERIMA | TARIKH KREDIT |
---|---|
5.5 juta penerima sedia ada dan baharu | Bermula 1 JUN 2025 (AHAD) |
SEMAKAN NILAI KREDIT BANTUAN MYKAD
Pada 01 Jun 2025, nilai yang dikreditkan kedalam Mykad adalah seperti berikut :
KATEGORI | PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM200 | RM100 |
WARGA EMAS | RM150 | RM50 |
BUJANG | RM50 | – |
SEMAKAN ONLINE BANTUAN DALAM MYKAD
Status penerima dan baki Bantuan MyKasih boleh disemak secara online seperti panduan di bawah :
Panduan Semakan Status MyKasih Online :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Baki MyKasih Online :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan :https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel :[email protected]