BANTUAN TUNAI STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN TUNAI STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Golongan penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti Isi rumah, warga emas dan juga bujang boleh bersedia untuk menyemak tarikh pengumuman yang akan diberikan oleh Kementerian Kewangan (MOF) tidak lama lagi.

Bagaimanakah cara semakan bantuan tunai str? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : TARIKH STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan atas di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 DIAGIHKAN

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diagihkan seperti berikut:

FASATARIKH SUMBANGAN DIAGIHKAN
STR FASA 3Tarikh akan dikemaskini dari
semasa ke semasa sebaik sahaja
ia diumumkan secara
rasmi oleh Kerajaan.

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI DIKREDITKAN

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment