BANTUAN SARA 100 : ( ONE-OFF 2025) SEMAKAN ONLINE
Penghargaan terkini daripada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim. Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima bantuan one-off RM100 yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sempena Hari Kebangsaan 2025 bagi membantu meringankan sedikit beban setiap rakyat di Malaysia.
Bagaimanakah semakan status bantuan sara 100? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN B40 : SEMAK KELAYAKAN ONLINE
APA ITU BANTUAN SARA 100
Antara pengumuman yang dinanti-nantikan adalah bantuan one‑off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 untuk semua rakyat dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Ini merupakan kali pertamabantuantunai disalurkan kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun secara menyeluruh melalui MyKad.
Secara kolektif, sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi. Contohnya, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan 2 orang anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima jumlah keseluruhannya RM400.
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE-OFF 100 2025
Hanya yang memenuhi kelayakan berikut akan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
SENARAI BARANGAN SARA 100
Bantuan RM100 SARA boleh digunakan untuk membeli barangan asas dalam pelbagai kategori yang meliputi:
KATEGORI BARANGAN | CONTOH BARANGAN |
---|---|
BERAS | Beras wangi, beras pulut, beras putih |
TELUR | Telur ayam dan telur itik |
KEBERSIHAN RUMAH | Sabun pencuci, detergen, pemutih |
UBAT-UBATAN | Ubat demam, ubat selsema, supplemen |
KEPERLUAN SEKOLAH | Buku nota, alat tulis, uniform sekolah |
Barangan yang disenaraikan ini boleh dibeli di kedai-kedai yang menyertai program SARA. Jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan asas dengan menggunakan bantuan yang telah disediakan.
MANFAAT BANTUAN SARA 100 2025
Bantuan RM100 yang disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuklah makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara dengan pembayaran menggunakan MyKad (kredit SARA).
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN 100 2025
Sempena Hari Kebangsaan (Merdeka), Kerajaan akan memasukkan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tarikh berikut :
- Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
*Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE OFF, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]