BANTUAN SARA 2025 SEMAKAN : ONLINE

BANTUAN SARA 2025 SEMAKAN : ONLINE

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan disalurkan secara bulanan kepada 5.4 juta penerima yang layak melalui MyKad secara automatik dengan jumlah bantuan yang diberikan mengikut kategori kelayakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas di premis berdaftar sepanjang tahun.

Bagaimanakah semakan bantuan sara 2025? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH 2025 SEMAKAN : ONLINE

SEMAKAN APA ITU BANTUAN SARA 2025

SARA 2025, atau Sumbangan Asas Rahmah 2025, adalah bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin dan miskin tegar yang disenaraikan dalam eKasih.Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan asas melalui program MyKasih.

SYARAT PERMOHONAN SARA 2025

Bantuan MyKasih (SARA) yang memenuhi syarat berikut :

  • Ketua isi rumah warganegara Malaysia;
  • Berpasangan (ada atau tiada anak);
  • Ibu/bapa tunggal (ada anak);
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan.

*Serta lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah.

PERMOHONAN SARA 2025

Bantuan MyKasih (SARA) disalurkan khas kepada penerima yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oleh itu, permohonan perlu dilakukan melalui pautan berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Pilih [Status Perkahwinan].
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SEMAK TARIKH AGIHAN SARA 2025

Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan MyKasih sebanyak RM100 :

  • 01 April 2025 (Selasa).
  • 01 Mei 2025 (Khamis).
  • 01 Jun 2025 (Ahad).
  • 01 Julai 2025 (Selasa).
  • 01 Ogos 2025 (Jumaat).
  • 01 September 2025 (Isnin).
  • 01 Oktober 2025 (Rabu).
  • 01 November 2025 (Sabtu).
  • 01 Disember 2025 (Isnin).

SEMAKAN CARA AGIHAN BANTUAN SARA 2025

Penyaluran Bantuan MyKasih (SARA) adalah melalui cara berikut :

  • Penerima Semenanjung Malaysia :
    • Disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
  • Penerima Sabah dan Sarawak :
    • Disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment