BILAKAH TARIKH RAYUAN STR AKAN MASUK – SILA SEMAK MAKLUMAT TERBARU
Jika permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 4 yang dikemukakan berstatus ‘Tidak Layak’ atau ‘Tidak Lulus’, pemohon masih boleh membuat rayuan bagi mendapatkan bayaran Fasa 4 yang akan dibayar pada bulan November ini kepada penerima baharu dan rayuan.
Bilakah tarikh rayuan bantuan STR akan masuk? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN – SEMAK SYARAT & CARA MOHON
BILAKAH TARIKH BAYARAN RAYUAN STR AKAN MASUK
Semua penerima sedia ada telahpun selesai menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025. Namun, penerima baharu dan penerima rayuan akan menerima bayaran mengikut tarikh seperti berikut :
- Pengkreditan ke akaun bank pemohon/pasangan(bagi yang ada akaun) :
- Bermula 13 November 2025 dan berperingkat.
- Penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) (bagi yang tiada akaun bank) :
- Bermula 13 November 2025.
*Penerima sedia ada telah selesai menerima bayaran Fasa 4 bermula 18 Oktober hingga 24 Oktober 2025.
TARIKH RAYUAN STR FASA 4
Permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 4 telah ditutupkan kerana bayaran Fasa 4 akan dilaksanakan bermula 13 November 2025 kepada penerima baharu dan pemohon yang telah membuat rayuan.
CARA RAYUAN STR AKAN MASUK FASA 4
Pemohon boleh kemukakan Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online di Portal STR dan secara manual di kaunter LHDN seperti berikut :
Rayuan Secara Online Di Portal STR :
- Layari Portal Rasmi STR 2025 : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
- Log masuk ke akaun MySTR dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan.
- Klik pada butang [Permohonan Rayuan] jika tarikh rayuan dibuka.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik butang [Hantar].
- Selesai.
Rayuan Secara Manual Di LHDN :
- Hadir ke mana-mana pejabat cawangan LHDN / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
- Dapatkan borang ‘Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari Portal Rasmi STR.
- Isi borang tersebut dengan lengkap.
- Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
- Serahkan borang bersama dokumen sokongan di kaunter.
- Selesai.
*Nota : Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2025 secara online boleh dilakukan oleh semua pemohon berstatus ‘Tidak Lulus’. Kecuali pemohon yang berstatus ‘Kod Duplikasi’ dan ‘Kod 32 – Permohonan Luar Negara’ yang hanya boleh memohon rayuan secara manual di LHDN.
CARA SEMAK RAYUAN STR
Status keputusan permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi STR seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
- Klik butang [TUTUP] pada pop-up maklumat terkini.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan dipaparkan ‘Betul’.
- Masukkan Kata Laluan anda yang sah.
- Terus klik butang [Log Masuk].
- Profil pemohon akan dipaparkan.
- Kemudian, klik butang [Semakan Permohonan Rayuan].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) RAYUAN STR
Antara soalan yang selalu ditanya penerima adalah seperti berikut :
- Bila rayuan STR saya akan diproses?
- Pembayaran bagi rayuan akan dilakukan bermula pada13 November 2025untuk Fasa 4.
- Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan?
- Ya, dokumen sokongan diperlukan berdasarkan alasan tidak lulus STR. Pastikan anda mengemukakan dokumen yang tepat seperti yang dinyatakan.
- Bolehkan saya membuat rayuan jika status saya adalah ‘Tidak Lulus’?
- Ya, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang relevan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar menulis artikel dengan tujuan untuk memudahkan orang ramai merujuk Cara Semakan Rayuan STR. Namun, untuk sebarang masalah atau maklumat lebih lanjut berkaitan Rayuan STR, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman STR 2025 : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]