BANTUAN SARA RM100 : (ONE-OFF 2025) SEMAKAN ONLINE
Dana peruntukan terkumpul bagi agihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setakat ini adalah sebanyak RM15 billion, untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat Malaysia sebagai penghargaan disamping untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
Bagaimanakah semak bantuan sara rm100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN : 2025 ONLINE
FAEDAH BANTUAN SARA RM100 2025
Dengan Bantuan SARA RM100 yang dikreditkan tersebut, penerima boleh memilih barangan keperluan asas seperti di bawah :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi wang bantuan.
TARIKH BAYARAN SARA ONE-OFF RM100 2025
Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) kepada 22 juta rakyat akan dilaksanakan pada tarikh berikut :
TARIKH BAYARAN SARA ONE-OFF |
---|
Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad) bersempena Hari Kebangsaan. |
*Nota : Sah digunakan sebelum 31 Disember 2025 (Rabu).
CARA BAYARAN SARA ONE-OFF 2025
Kerajaan MADANI menggunakan kaedah pembayaran secara tanpa tunai (cashless) sekaligus (one-off) terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai serta pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE-OFF 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA one-off (sekaligus) :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
SEMAK STATUS BANTUAN SARA RM100 2025
Semak status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SARA seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA MyKasih) di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]