BANTUAN STR FASA (3) : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Penerima yang layak seperti Isi rumah, Warga Emas dan juga golongan bujang tak terkecuali layak dalam menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan di umumkan tak lama lagi oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Bagaimanakah Cara Semak Bantuan STR? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : TARIKH MASUK STR (2025 FASA 3)
APA ITU STR
STR adalah singkatan bagi Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan yang memerlukan, terutamanya mereka yang tergolong dalam kategori B40 dan M40, untuk membantu mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2025
Setiap penerima sedia ada yang akan menerima kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
ISI RUMAH B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | TIADA ANAK : RM150 1/2 ANAK : RM350 3/4 ANAK : RM500 5 ANAK KE ATAS : RM650 |
ISI RUMAH M40 (Pendapatan bawah RM5,000) | TIADA ANAK : RM100 1/2 ANAK : RM200 3/4 ANAK : RM250 5 ANAK KE ATAS : RM300 |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM150 |
BUJANG | RM150 |
CARA BAYAR STR FASA 3 2025
Cara bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa (3) adalah melalui berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah dan Sarawak |
KAEDAH SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 3 2025
Untuk semakan status kelayakan dan maklumat bayaran Fasa 3, layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]