BANTUAN STR FASA 3 : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN

BANTUAN STR FASA 3 : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN

Isi rumah, Warga Emas dan Bujang yang memenuhi kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengetahui maklumat berkaitan bayaran fasa ketiga (3) yang akan dibayar tidak lama lagi dibawah kendalian Kementerian Kewangan (MOF) yang akan mengumumkan tarikh pengagihan ke semua akaun penerima yang layak.

Bagaimakah Cara Semak STR Fasa 3? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : SEMAK TARIKH STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS

APAKAH ITU STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membantu mereka mengurangkan kos sara hidup.Ia merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2025

Tarikh bayaran boleh disemak seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR FASA 3
Penerima Sedia ada dan baharuMinggu Ke 2 Bulan Ogos 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka bermula pada minggu kedua (2) bulan Ogos. Namun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi.

KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Setiap penerima sedia ada yang akan menerima kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR FASA 3
ISI RUMAH B40
(Pendapatan bawah RM2,500)
TIADA ANAK : RM150
1/2 ANAK : RM350
4/5 ANAK : RM500
5 ANAK KEATAS : RM650
ISI RUMAH M40
(Pendapatan bawan RM5,000)
TIADA ANAK : RM100
1/2 ANAK : RM200
3/4 ANAK : RM250
5 ANAK KE ATAS : RM300
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM150
BUJANGRM150

KAEDAH AGIHAN BANTUAN STR FASA 3 2025

Cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima / pasangan
mengikut
nombor akaun yang didaftarkan
Diberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
termasuk di Sabah dan Sarawak

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Untuk semakan status kelayakan dan maklumat bayaran Fasa 3, layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment