SEMAK TARIKH STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS
Kerajaan Madani dibawah naungan Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengaturkan sebuah Program yang diberi nama baharu iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di kendali oleh Kementerian Kewangan (MOF) diyakini mampu menjamin kesejahteraan Rakyat dan membantu dalam segi kewangan sebanyak 13 Bilion untuk seluruh rakyat Malaysia.
Bagaimanakah Cara Semakan Tarikh STR? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : STR 2025 KELAYAKAN : (FASA 3) SEMAKAN STATUS ONLINE
APA ITU STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membantu mereka mengurangkan kos sara hidup.Ia merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
SEMAK TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka bermula pada minggu kedua (2) bulan Ogos. Namun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi.
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Penerima sedia ada dan baharu | Minggu 2 Bulan Ogos 2025 |
CHECK KADAR BAYARAN STR FASA 3 2025
Untuk setiap penerima sedia ada yang akan menerima kadar bayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| ISI RUMAH B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | TIADA ANAK : RM150 1/2 ANAK : RM350 3/4 ANAK : RM500 5 ANAK KE ATAS : RM650 |
| ISI RUMAH M40 (Pendapatan bawah RM5,000) | TIADA ANAK : RM100 1/2 ANAK : RM200 3/4 ANAK : RM250 5 ANAK KE ATAS : RM300 |
| WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM150 |
| BUJANG | RM150 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2025
Cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah seperti berikut :
| PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
|---|---|
| Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah dan Sarawak |
CARA SEMAK STATUS STR FASA 3 2025
Untuk semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 boleh dilakukan di portal Rasmi STR seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH :
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]