STR 2025 KELAYAKAN : (FASA 3) SEMAKAN STATUS ONLINE

STR 2025 KELAYAKAN : (FASA 3) SEMAKAN STATUS ONLINE

Di tengah cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif yang signifikan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program ini bukan sahaja memberikan bantuan kewangan, tetapi juga berperanan sebagai sinar harapan bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

Bagaimanakah Cara Semak STR 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SENARAI BARANG MYKASIH SARA : TERKINI 2025

APA ITU STR 2025

STR adalah satu bentuk bantuan tunai bersasar yang diberikan kepada rakyat Malaysia mengikut kategori tertentu. Bantuan ini diperkenalkan untuk menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat akibat faktor seperti inflasi, kenaikan harga barang keperluan asas, dan cabaran ekonomi global. Rakyat sentiasa menantikan berita sumbangan tunai rahmah setiap tahun.

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil bagi tahun 2025 :

  1. Kategori Isi Rumah :
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
    • Tiada had umur;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
  2. Kategori Warga Emas :
    • Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak yang menepati syarat);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas bawah RM5,000 sebulan.
  3. Kategori Bujang :
    • Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun atau Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    • Pendapatan Bujang bawah RM2,500 sebulan.

SEMAKAN STATUS STR

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari laman sesawang Bantuan Tunai Hasil di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Anda akan dipaparkan ke halaman utama laman sesawang tersebut.
  3. Tekan butang [TUTUP] bagi info ‘Makluman Terkini’ yang dipaparkan.
  4. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan pemohon mengikut format yang betul tanpa sengkang (-) contoh : 890230113456.
  5. Tekan pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
  6. Pengesahan nombor kad pengenalan pemohon akan dipaparkan, tekan butang [Semak].
  7. Kemudian, ‘Frasa Keselamatan Pemohon‘ akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, tekan butang [Ya].
  9. Masukkan ‘Kata Laluan‘ yang betul mengikut yang didaftarkan semasa permohonan.
  10. Sekali lagi tekan pada butang [Log Masuk] di bawah.
  11. ‘Profil Pemohon‘ akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah dan tekan bahagian [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat kelayakan serta bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai Hasil, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan Tunai HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment