CARA CLAIM DUIT IC : CHECK BAKI BANTUAN SARA

CARA CLAIM DUIT IC : CHECK BAKI BANTUAN SARA

Inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan sekaligus (one-off) kepada seramai 22 juta rakyat Malaysia bagi memenuhi keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, produk kesihatan dan sebagainya.

Bagaimanakah cara claim duit dalam ic? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI MYKAD : CHECK BAYARAN BANTUAN SARA ONLINE

APA ITU SARA

SARA adalah singkatan bagi Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih. Ia bertujuan untuk membantu golongan ini membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai runcit terpilih melalui MyKad.

CARA CLAIM DUIT IC SARA ONE OFF

Ikuti cara guna Bantuan SARA one-off untuk beli barangan MyKasih :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih MyKasih berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

TARIKH GUNA DUIT IC SARA ONE OFF

Semua penerima yang layak akan menerima Bantuan SARA secara one-off bermula pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa sebelum pada 31 Disember 2025 (Rabu).

CARA SEMAK DUIT IC SARA ONE OFF 2025

Bermula 21 Ogos 2025, anda boleh menyemak kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA one-off seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off kan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment