CHECK DUIT DALAM IC : ONLINE BANTUAN SARA 2025

CHECK DUIT DALAM IC : ONLINE BANTUAN SARA 2025

Semua pengeluaran dilakukan melalui penggunaan Mykad (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) atau kad pintar, yang membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.

Bagaimanakah cara check duit dalam ic? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA CLAIM DUIT IC : CHECK BAKI BANTUAN SARA

APA ITU SARA MYKASIH

SARA adalah singkatan bagi Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih. Ia bertujuan untuk membantu golongan ini membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai runcit terpilih melalui MyKad.

CARA CHECK DUIT DALAM IC

Berikut merupakan cara semak baki Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

TARIKH KREDIT DUIT DALAM IC

Pengkreditan Bantuan SARA One-off adalah bermula pada tarikh berikut :

  • 31 Ogos 2025 (Ahad).

JUMLAH KREDIT DUIT DALAM IC SARA ONE OFF

Semua 22 juta rakyat Malaysia akan menerima Bantuan SARA secara one-off sebanyak jumlah berikut :

  • RM100 setiap individu.

SENARAI BARANG SARA ONE OFF

Bantuan SARA one-off yang dikreditkan dalam MyKad perlu digunakan untuk pembelian barangan berikut :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment