CHECK DUIT DALAM MYKAD : 2025 CARA SEMAK BAKI SARA MYKASIH

CHECK DUIT DALAM MYKAD : 2025 CARA SEMAK BAKI SARA MYKASIH

Untuk pengetahuan semua, Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ataupun Mykasih boleh digunakan bila-bila masa sehingga tempoh pelaksanaan Program ditamatkan, oleh itu semua rakyat tidak perlu panik dalam membeli barang keperluan yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah Cara Check Duit Dalam Mykad? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK

CHECK DUIT DALAM MYKAD

CARA CHECK DUIT DALAM MYKAD

Status kelayakan penerima bantuan boleh disemak dan juga baki duit didalam Mykad juga boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SIAPA LAYAK DUIT DALAM MYKAD

Bagi pengetahuan semua, syarat kelayakan boleh disemak mengikut cara seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KAEDAH CHECK BAKI DALAM MYKAD

Berikut merupakan Tiga (3) kaedah yang boleh dilakukan untuk menyemak baki bantuan SARA :

CARA SEMAKAN BAKI DUIT MYKAD
Portal Rasmi ataupun Aplikasi Rasmi SARA
Semakan di kedai runcit yang berdaftar
Resit pembelian barangan SARA

BARANGAN LULUS DUIT MYKAD

Senarai barangan yang anda boleh beli melalui SARA adalah seperti berikut:

  • Beras :
    • Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti :
    • Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur :
    • Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak :
    • Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung :
    • Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut :
    • Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera :
    • Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman :
    • Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin :
    • Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa :
    • Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan :
    • Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan :
    • Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  • Barangan persekolahan :
    • Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  • Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) :
    • Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.

SOALAN LAZIM TENTANG SARA

Berikut adalah soalan terkenal yang ditanya oleh semua rakyat Malaysia secara amnya :

  1. Bagaimana jika status semakan menunjukkan tiada baki?
    • Ini bermaksud bantuan bulan tersebut sudah digunakan sepenuhnya.
  2. Apakah yang terjadi jika baki tidak habis digunakan?
    • Baki akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat program (31 Disember 2025).
  3. Bolehkah baki MyKasih dikeluarkan sebagai wang tunai?
    • Tidak boleh. Ia hanya digunakan untuk pembelian barang asas di kedai berdaftar.
  4. Bagaimanakah cara semak baki bantuan dalam MyKad?
    • Baki bantuan boleh disemak melalui Portal Rasmi SARA dan Aplikasi MyKasih atau boleh disemak melalui resit pembelian.
  5. Bagaimana cara tahu senarai kedai yang menerima MyKasih?
    • Senarai kedai runcit berdaftar boleh disemak di portal rasmi MyKasih.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment