STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK

STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK

Sebuah inisiatif Bantuan SARA yang dilaksanakan sebagai bantuan untuk menampung kos sara hidup rakyat secara berterusan pada setiap bulan. Kerajaan yakin dengan adanya Bantuan SARA dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi terutamanya dalam memenuhi keperluan asas harian.

Bagaimanakah cara semakan status sumbangan asas rahmah? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN RAHMAH 2025 – SEMAK KELAYAKAN ANDA

STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH

SEMAK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Terdapat dua (2) cara yang membolehkan penerima menyemak status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu seperti berikut :

SEMAKAN DI LAMAN RASMI SARA :

  1. Sila layari Laman Portal Rasmi MyKasih di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama ‘Penghargaan SARA’ akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  6. Contoh : 84XXXXXXXXXX.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  8. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  9. Selesai.

SEMAKAN DI APLIKASI SARA :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status penerima Bantuan MySARA akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SYARAT LAYAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai dalam rekod data eKasih bagi golongan Miskin dan Miskin Tegar.

CARA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Dibawah merupakan cara agihan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut:

Cara pembayaran SARA kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah sama iaitu secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan pembelian barang keperluan asas di 7,300 kedai runcit dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA

Adakah Bantuan SARA boleh ditunaikan?

Bantuan SARA hanya boleh digunakan secara tanpa tunai (cashless) dengan Kad Pengenalan sahaja dan tidak boleh ditunaikan.

Adakah semua penerima STR akan menerima Bantuan SARA setiap bulan?

Tidak semua, hanya 5.4 juta penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.

Bolehkah Bantuan SARA dipindah milik kepada orang lain?

Tidak boleh. Bantuan SARA hanya dikreditkan khusus kepada yang layak sahaja dan perlu digunakan untuk membeli barang keperluan.

Adakah Bantuan SARA diteruskan setiap tahun?

Ya, tetapi jumlah, kelayakan penerima, dan kaedah bayaran mungkin berubah mengikut pengumuman Belanjawan tahunan kerajaan.

RUJUKAN

Semua maklumat berkaitan Bantuan SARA dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA (MyKasih). Oleh itu, Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak SARA seperti berikut :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel :[email protected]


Leave a Comment