CHECK SARA 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100 ONE OFF
Seramai 22 juta warganegara Malaysia layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 ONE-OFF pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 bagi pembelian barangan keperluan harian buat semua warga yang berumur 18 tahun keatas.
Bagaimanakah check sara 2025? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG!
CARA CHECK SARA 2025
Untuk mengetahui status kelayakan yang tepat, ikuti cara semak status seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
TARIKH DAPAT BANTUAN MYSARA 2025
Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa mulai tarikh pembayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, serta SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
CARA KREDIT SARA 2025
Kredit RM100 ONE-OFF akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan, dan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 7,300 premis berdaftar di seluruh Negara.
SENARAI BARANG SARA 2025
Bantuan SARA RM100 One-off khas diguna untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
SOALAN LAZIM TENTANG SARA 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Siapa layak menerima SARA RM100 UNTUK SEMUA?
- SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
- Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
- SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
- Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
- Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
- Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
- Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih SARA?
- Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.