INFO STR FASA 4 2025 – SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI
STR Fasa 4 pada tahun 2025 merupakan pembayaran terakhir bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun ini. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu golongan B40, M40, warga emas, individu bujang, dan orang kurang upaya (OKU) dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Artikel ini menyediakan maklumat terperinci mengenai :
- Tarikh pembayaran STR Fasa 4 yang telah ditetapkan.
- Jumlah bantuan yang diberikan berdasarkan kategori penerima.
- Kriteria kelayakan untuk STR 2025.
- Prosedur untuk menyemak status permohonan dan pembayaran.
- Maklumat tambahan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025.
Berikut ialah perincian lanjut.
TARIKH PRMBAYARAN STR FASA 4 2025
Pembayaran STR Fasa 4 dijangka akan dibuat pada November 2025. Ini ialah pembayaran terakhir STR bagi tahun ini, selepas Fasa 1, 2, dan 3.
Jadual Pembayaran STR 2025 :
| Fasa | Tarikh Pembayaran |
|---|---|
| Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
| Fasa 2 | April 2025 |
| Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
| Fasa 4 | 18 Oktober 2025 |
Nota : Sila semak status anda lebih awal di portal rasmi STR untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada hari pembayaran.
Baca Juga : SEMAKAN BUDI MADANI RON95
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI
Jumlah bayaran STR yang diterima adalah berbeza berdasarkan kategori penerima, pendapatan isi rumah, bilangan anak, serta status individu (bujang atau warga emas).
1. Isi Rumah dengan Pendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
| Bilangan Anak | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
|---|---|---|---|---|
| 0 Anak | RM500 – RM700 | RM150 – RM600 | RM150 – RM600 | RM150 – RM700 |
| 1 – 2 Anak | RM500 – RM1,000 | RM150 – RM700 | RM150 – RM700 | RM150 – RM700 |
| 3 – 4 Anak | RM500 – RM1,250 | RM150 – RM800 | RM150 – RM800 | RM150 – RM800 |
| 5 Anak dan keatas | RM500 – RM1,500 | RM150 – RM850 | RM150 – RM850 | RM150 – RM900 |
2. Isi Rumah dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000
| Bilangan Anak | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
|---|---|---|---|---|
| 0 Anak | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
| 1 – 2 Anak | RM150 – RM250 | RM150 – RM300 | RM150 – RM350 | RM200 – RM350 |
| 3 – 4 Anak | RM200 – RM250 | RM200 – RM400 | RM200 – RM500 | RM250 – RM500 |
| 5 Anak keatas | RM250 – RM500 | RM250 – RM500 | RM250 – RM500 | RM300 – RM600 |
3. Warga Emas Tanpa Pasangan (60 Tahun Keatas)
| Kategori | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
|---|---|---|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
4. Bujang (21 – 59 Tahun, Pendapatan RM2,500 dan ke bawah)
| Kategori | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
|---|---|---|---|---|
| Bujang / OKU | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4 2025
Penerima perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk layak menerima bantuan :
Isi Rumah
- Berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak yang sah.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.
Warga Emas Tanpa Pasangan
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000.
Bujang
- Berumur antara 21 hingga 59 tahun.
- OKU berumur 19 tahun ke atas dan tidak belajar sepenuh masa.
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500.
Nota : Individu bujang yang masih belajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta tidak layak untuk memohon sebagai individu, tetapi boleh didaftarkan sebagai tanggungan.
KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 4
Terdapat dua kaedah penerima boleh menerima pembayaran :
- Kredit terus ke akaun bank – akan dikreditkan ke akaun pemohon atau pasangan yang telah didaftarkan.
- Tunai di kaunter BSN – untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau menghadapi masalah kredit.
Pastikan nombor akaun anda aktif dan milik anda sendiri.
CARA SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 4
Ikuti langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log Masuk ke MySTR : Klik butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
- Tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
- Masukkan kata laluan MySTR anda.
- Semakan Status dan Butiran Bayaran.
- Pilih menu “Semakan Permohonan”
- Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025
Selain daripada STR, penerima juga mungkin layak untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025.
Kadar Bantuan SARA :
| Kategori | Kadar Bantuan |
|---|---|
| Isi Rumah (Miskin) | RM100 sebulan |
| Bujang / OKU (Miskin) | RM50 sebulan |
| SARA One-Off | RM100 (31 Ogos) |
Bantuan SARA disalurkan melalui kredit MyKad dan boleh digunakan di lebih daripada 4,100 kedai MyKasih untuk membeli barangan keperluan asas.
SOALAN LAZIM (FAQ)
18 Oktober 2025
Individu bujang dan OKU layak menerima RM150.
Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi STR.
Anda boleh mengambil tunai di kaunter BSN.
PANDUAN UNTUK PENERIMA STR
- Kemas kini maklumat bank anda sebelum tarikh pembayaran.
- Simpan resit atau rekod transaksi anda sebagai rujukan.
- Periksa juga kelayakan untuk program-program lain seperti SARA 2025, eKasih, dan MyKasih.
KESIMPULAN
STR Fasa 4 2025 merupakan bantuan kewangan terakhir bagi tahun ini yang dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Sila semak kelayakan dan status pembayaran anda di portal rasmi STR, dan pastikan semua maklumat anda adalah terkini. Jika anda layak, STR Fasa 4 ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan, terutama dalam keadaan ekonomi yang sukar.
Semak status anda di sini : SEMAKAN STR