JUMLAH STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS 2025

JUMLAH STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan tunai langsung dari Kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) untuk membantu meringankan beban kos sara hidup dan memastikan kebajikan mereka terjaga.

Berapakah Jumlah STR Fasa 4? Ikuti panduan lengkap dibawah sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT LAYAK STR FASA 4

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025:

  1. Isi Rumah
    • Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
    • Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    • Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  3. Bujang
    • Warganegara Malaysia;
    • Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

NOTA:  Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH STR FASA 4

Jumlah bantuan yang akan diterima dalam Fasa 4 ini bergantung pada kategori dan pendapatan isi rumah. Berikut adalah perinciannya :

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • Tiada anak : RM200
    • 1-2 anak : RM350
    • 3-4 anak : RM500
    • 5 anak atau lebih : RM700
  • Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada anak : RM100
    • 1-2 anak : RM200
    • 3-4 anak : RM250
    • 5 anak atau lebih : RM350
  • Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM150
  • Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan) yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • RM150

CARA SEMAK STR FASA 4

Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 4

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  1. Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
    • Penerima tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  2. Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah
18 Oktober 2025. Tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.

WAKTU MASUK STR FASA 4

Lazimnya bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu-waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

*Namun, waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank adalah tidak menentu dan penerima perlu menyemak secara berkala.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

  1. Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
    • Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
  3. Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
    • Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
  4. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
  5. Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
  6. Bilakah tarikh akhir permohonan Bantuan STR Fasa 4?
    • Permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan pada bila-bila masa sebelum 30 September 2025.

RUJUKAN

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai
STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:

  • LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
  • Talian Hotline:1-800-88-2747
  • Laman Web Rasmi:https://bantuantunai.hasil.gov.my


Leave a Comment