MY TAX E-FILING : LOGIN DAFTAR DAN CARA ISI 2025 (PANDUAN LENGKAP)
E-Filing bermula pada 1 Mac ini. Sebelum boleh membuat E-Filing ini kita perlu daftar terlebih dahulu. Sudahkah anda berdaftar dengan LHDN?
Kebanyakan bantuan Kerajaan akan disalurkan dengan rekod percukaian anda, daftar cukai tidak bererti anda perlu membayar cukai. Ini keranan anda hanya perlu MELAPORKAN pendapatan anda sahaja jika mencecah kadar tertentu maka perlulah untuk membayar cukai. Contoh sebelum ini ramai Rakyat Malaysia tidak lulus bantuan E-madani RM100 kerana tak lapor pendapatan kepada LHDN.
Jadi, jom ketahui lebih lanjut tentang panduan daftar E-Filing LHDN melalui artikel ini sehingga akhir.
BACA JUGA : BANTUAN KAD PERAK DI SINI .
SIAPA PERLU DAFTAR MY TAX E-FILING 2025
Individu yang perlu daftar nombor cukai pendaftaran tersebut adalah seorang:
- Individu yang menerima pendapatan pengajian tahunan melebihi RM37,333 (selepas pemotongan KWSP).
- Individu yang menjalankan perniagaan perseorangan.
- Individu yang menjalankan perniagaan secara ‘partnership’ atau lebih pihak.
PENGECUALIAN MYTAX E-FILING 2025
Berikut merupakan jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran:
JENIS TAKSIRAN | PENDAPATAN TAHUNAN (RM) | PENDAPATAN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Diri Sendiri (Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan) | 37,333 | 3,111 |
Berasingan | ||
1. Berkahwin+0 Anak | 37,333 | 3,111 |
2. Berkahwin+1 Anak | ||
3. Berkahwin+2 Anak | 41,333 | 3,444 |
Bersama | ||
1. Berkahwin+0 Anak | 48,000 | 4,000 |
2. Berkahwin+1 Anak | 50,000 | 4,167 |
3. Berkahwin + 2 Anak | 52,000 | 4,333 |
PROSES E-FILING 2025
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai diminta melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL.
Individu tersebut bertanggungjawab untuk:
- Daftar Nombor Cukai Pendaftaran / Kemaskini Maklumat.
- Lapor Pendapatan Tahunan.
- Bayar Cukai Pendapatan.
TARIKH DAFTAR E-FILING 2025
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan ini memaklumkan bahawasanya pengemukaan Borang Nyata (BN) tahun saraan 2024 melalui E-Filing bagi tahun taksiran 2024 akan dibuka mulai 1 MAC 2025.
Penguatkuasaan pengemukaan BN secara mandatori mengunakan perkhidmatan E-Filing disediakan secara dalam talian atau melalui gerbang perkhidmatan portal MyTax.
CARA DAFTAR CUKAI E-FILING 2025
Terdapat dua (2) cara pendaftaran e-Failing, iaitu :
- Secara online melalui aplikasi e-Daftar MyTax; atau
- Secara manual melalui cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berhampiran.
Ikuti langkah-langkah pendaftaran cukai e-Failing secara online seperti berikut :
- Layari laman web: https://mytax.hasil.gov.my/.
- Pilih Jenis Pengenalan.
- Masukkan nombor pengenalan dan klik ‘Hantar’. Paparan ‘Sijik Digital Tidak Wujud’ akan dipaparkan.
- Sila pilih e-CP55D -Borang permohonan bagi log masuk kali pertama secara dadlam talian mellui laman web MyTax.
- Lampirkan salinan kad pengenalan berwarna muka hadapan dan belakang dan klik hantar.
- Sila semak email dan klik link yang diberikan dan buat kata laluan anda.
- Sila aktifkan sijil digital an daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan.
Langkah-langkah pendaftaran secara manual seperti berikut:
- Kunjungi ke mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
- Bawa Borang CP600 (boleh dimuat turun daripada Borang > Muat Turun > Pendaftaran).
- Sertakan Kad pengenalan (kad pengenalan baharu,tenterapolis atau passport.
- Lengkapkan Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
- Penyata pendapatan/slip gaji.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau kesulitan berkenaan cara e-filing 2025, anda boleh rujuk kepada saluran berikut :
- Portal rasmi www.hasil.gov.my atau
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara).