BANTUAN KAD PERAK SEJAHTERA : SEMAKAN STATUS 2025
Kad Perak Sejahtera yang dulu dikenali sebagai Kad Perak Prihatin merupakan program bantuan di bawah Seliaan Program Perak prihatin, Program ini di cipta oleh Kerajaan Negeri Perak meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan nasib rakyat negeri Perak sentiasa dipelihara serta bertambah baik dari masa ke masa.
Bagi rakyat negeri Perak yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Program Bantuan ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga penghujung artikel ini.
BACA JUGA : PORTAL BANTUAN MALAYSIA.
PROGRAM PERAK PRIHATIN
Perak Prihatin merupakan program kebajikan khas untuk golongan B40 yang dijalankan oleh kerajaan negeri Perak bagi mengurangkan kos sara hidup serta menjamin kehidupan yang lebih baik melalui bantuan kewangan, di bawah Program Prihatin ini, penerima yang layak akan menerima Kad Perak Sejahtera iaitu sejenis kad yang di dalamnya mempunyai sejumlah wang bantuan bagi meringankan beban penerimauntuk meneruskan kehidupan seharian.
Pada tahun 2025 ini, penerima bantuan akan menerima bantuan agihan bulanan sebanyak RM100 bermula Januari 2024. Namun, pelaksanaan manfaat kesihatan telah dimansuhkan bermula Januari 2024, pelaksanaan program ini bermula tahun 2019 dimana seramai 17,000 penerima menerima manfaat dari program ini, dan pada tahun 2025 jumlah penerima bantuan meningkat kepada seramai 19,012 penerima.
MANFAAT PROGRAM KAD PERAK SEJAHTERA
Bermula Januari 2024, semua pemegang Kad Perak Sejahtera memperoleh manfaat makanan RM100 sebulan, bersamaan dengan RM1,200 setahun bagi setiap pemilik kad ini, manfaat kesihatan pula telah dimansuhkan sepenuhnya juga bermula pada bulan Januari 2024.
SEMAKAN KELAYAKAN KAD PERAK SEJAHTERA
Anda boleh menyemak kelayakan anda untuk permohonan Kad Perak Sejahtera dengan memasukkan kad pengenalan anda di halaman.
- Layari Laman Rasmi PERAK PRIHATIN di pautan ini : https://member.perakprihatin.com/site/login.
- Layarkan skrin ke bahagian tengah sehingga ‘Check Your Eligibility’.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian tekan pada butang ‘Check’.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan dengan segera.
- Selesai.
CARA PENGAKTIFAN KAD PERAK SEJAHTERA
Setelah mendaftar dan mendapat kad ini anda perlu melakukan pengaktifan kad sebelum anda boleh mengunakannya. Pengaktifan kad ini boleh dilakukan di pautan berikut.
- Layari Laman Rasmi Perak Sejahtera di pautan ini : https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp#home.
- Masukkan 16 digit nombor di hadapan kad anda pada ruangan ‘Nombor Kad’.
- Kemudian 3 nombor unik di belakang kad anda pada ruangan ‘Nombor CVV’.
- Serta masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan ‘Nombor Kad Pengenalan’.
- Akhir sekali tekan butang ‘Hantar’.
- Selesai.
CARA PENGGUNAAN KAD PERAK SEJAHTERA
Untuk penerima yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad Perak Sejahtera dengan cara berikut:
- Pergi ke pasar atau ke kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan di pautan ini : https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://kadperaksejahtera.com/wp-content/uploads/2023/12/Merchant-List.pdf&ved=2ahUKEwj9_vqKnO6LAxXyfGwGHaeHBTwQFnoECCcQAQ&usg=AOvVaw06wIIatEJkv35ed_tyRKEE.
- Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
- Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter (Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian).
- Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil (Hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini).
- Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke terminal pembayaran.
- Masukkan nombor pin anda untuk melakukan pembayaran. (Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran mengunakan duit anda sendiri).
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:
Pusat panggilan perkhidmatan: 1800 22 6600
Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) :
- Talian: 05-526 9829
- Emel: [email protected].