SARA MYKASIH SEMAKAN : 2025 ONLINE

SARA MYKASIH SEMAKAN : 2025 ONLINE

Bagi membantu menampung keperluan sara hidup rakyat, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih diberikan sebagai bantuan tambahan dengan peruntukan daripada hasil penjimatan subsidi yang disasarkan oleh Kerajaan bagi tahun 2025.

Bagaimanakah semakan sara mykasih? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : BANTUAN SARA RAHMAH : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

APA ITU SARA MYKASIH

SARA 2025, atau Sumbangan Asas Rahmah 2025, adalah bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar yang disenaraikan dalam eKasih.Bantuan ini diperkenalkan untuk membantu mereka membeli barangan keperluan asas melalui program MyKasih.

SEMAKAN SYARAT SARA MYKASIH

Bantuan MyKasih (SARA) adalah khas untuk yang memenuhi syarat berikut :

  • Ketua isi rumah warganegara Malaysia;
  • Berpasangan (ada atau tiada anak);
  • Ibu/bapa tunggal (ada anak);
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan.

*Serta lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah.

PERMOHONAN SARA

Bantuan MyKasih (SARA) disalurkan khas kepada penerima yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oleh itu, permohonan perlu dilakukan melalui pautan berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Pilih [Status Perkahwinan].
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

TARIKH PENYALURAN SUMBANGAN SARA MYKASIH

Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan MyKasih:

  • 01 April 2025 (Selasa).
  • 01 Mei 2025 (Khamis).
  • 01 Jun 2025 (Ahad).
  • 01 Julai 2025 (Selasa).
  • 01 Ogos 2025 (Jumaat).
  • 01 September 2025 (Isnin).
  • 01 Oktober 2025 (Rabu).
  • 01 November 2025 (Sabtu).
  • 01 Disember 2025 (Isnin).

CARA AGIHAN SARA MYKASIH

Penyaluran Bantuan MyKasih (SARA) adalah melalui cara berikut :

  • Penerima Semenanjung Malaysia :
    • Disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
  • Penerima Sabah dan Sarawak :
    • Disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan :https://mykasih.com.my/contact-us/
  • Alamat E-mel :[email protected]

Leave a Comment