SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bakal diumumkan tarikh agihan sumbangan tak lama lagi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), ia membolehkan Golongan yang layak seperti Isi rumah, Warga emas dan juga Bujang merasai Bantuan bakal diagihkan secara berperingkat.
Bagaimanakah Cara Semak Bantuan Tunai? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : TARIKH BAYAR STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS
APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
STR 2025 merupakan kesinambungan daripada bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Kerajaan telah meningkatkan peruntukan untuk STR 2025 kepada RM13 bilion, yang akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60% penduduk dewasa negara.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (Fasa 3) adalah seperti berikut :
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
STR FASA 3 | Tarikh agihan bayaran Fasa 3 belum diumumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa. |
PORTAL RASMI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025
Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR seperti berikut:
LAMAN RASMI | PAUTAN |
---|---|
MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan dan klik [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
SEMAK CARA PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel :[email protected]