SEMAK DUIT BANTUAN RM100 ONE OFF 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SARA
Bantuan penghargaan telah diumumkan oleh Yb Dato Seri Anwar Ibrahim pada 31 Ogos 2025, pada bulan kemerdekaan bantuan secara ONE OFF sebanyak RM100 akan disalurkan kedalam 5.4 Juta penerima SARA atau penerima baharu dewasa Malaysia.
Bagaimanakah cara semak duit bantuan rm100? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : BANTUAN RM 100 2025 : SEMAK SARA ONE OFF ONLINE
SIAPA LAYAK DUIT BANTUAN RM100
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Pada 31 Ogos 2025, setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira status dan pendapatan akan menerima SARA ONE-OFF sebanyak RM100 secara automatik melalui MyKad, yang akan diberikan oleh Kerajaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan.
SENARAI BARANG DUIT BANTUAN SARA 100
Bantuan SARA RM100 ONE OFF yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk
TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN RM100 ONE OFF
Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan kepada penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan. Kredit SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 31 Ogos 2025, dan SAH sehingga 31 Disember 2025.
SYARAT KELAYAKAN DUIT BANTUAN RM100 ONE OFF
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal MyKasih seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
Status Kelayakan dan Bayaran SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak di Portal MyKasih mulai 21 Ogos 2025.
CARA GUNA DUIT BANTUAN RM100 SARA ONE OFF
Penerima boleh menggunakan kredit SARA STR atau SARA ONE-OFF RM100 untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]