SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : CHECK ONLINE

SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : CHECK ONLINE

Individu yang layak menerima bantuan MyKasih akan diberikan bantuan bulanan yang dikreditkan terus ke MyKad bagi membantu menampung keperluan asas harian, pada tahun 2025, kerajaan MADANI telah menaikkan bajet Sumbangan Asas Rahmah kepada lebih 5.4 Juta pemohon dibawah MySTR.

Bagaimanakah cara semak bantuan mykad? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN

APA ITU BANTUAN MYKAD

Bantuan yang dikreditkan menerusi MyKad (Kad Pengenalan) adalah merupakan sebuah bantuan tambahan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khas untuk membantu meringankan bebanan perbelanjaan keperluan asas setiap bulan bagi golongan yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

SIAPA YANG LAYAK MOHON BANTUAN MYKASIH

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

SEMAKAN CARA LULUS BANTUAN MYKAD

Langkah-langkah untuk mendapatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:

  • Daftar Sistem eKasih di Portal eKasih (untuk kategori miskin dan miskin tegar)
  • Setelah itu, daftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Jika lulus STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan secara automatik ke MyKad anda.
  • Selesai.

PANDUAN LENGKAP MOHON BANTUAN MYKAD

Cara mohon STR 2025 seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
    • Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  8. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
  9. Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment