SEMAKAN EKASIH 2025 : ONLINE
Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data miskin dan miskin tegar sistem eKasih turut menerima kadar tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, menjadikan jumlah bantuan bulanan yang diterima turut meningkat.
Bagaimanakah cara semak ekasih 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN : 2025 ONLINE
APAKAH ITU EKASIH 2025
Sistem pangkalan data bersepadu yang mengandungi maklumat mengenai isi rumah miskin dan miskin tegar di Malaysia. Ia bukan program bantuan itu sendiri, tetapi digunakan oleh kementerian dan agensi kerajaan untuk merancang, melaksanakan, dan memantau program-program pembasmian kemiskinan.
SIAPA YANG LAYAK BANTUAN SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih secara automatik melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar.
MANFAAT KREDIT EKASIH 2025
Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad penerima, boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).
CARA SEMAKAN LULUS EKASIH SARA 2025
Untuk memastikan anda lulus sumbangan asas rahmah (sara) kategori eKasih adalah seperti berikut:
- Daftar Sistem eKasih di Portal eKasih : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Setelah lulus pendaftaran sistem eKasih, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu dilakukan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Jika lulus STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik ke MyKad anda.
- Selesai.
KAEDAH SEMAKAN STATUS EKASIH
Setelah Lulus eKasih dan STR, status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih boleh disemak seperti berikut:
- SEMAKAN DI PORTAL MyKASIH
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
- SEMAKAN DIAPLIKASI MYKASIH
- Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android);
- App Store (Bagi pengguna iOS);
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran dan Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]