SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN : 2025 ONLINE
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini memasuki bayaran bulan Julai dan telah mula dikreditkan ke MyKad penerima yang layak, untuk digunakan bagi membuat pembelian barangan keperluan asas pada bulan tersebut.
Bagaimanakah Cara Semakan Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA : 2025 ONLINE (MYKASIH STR)
APA ITU SARA
Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
KATEGORI PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
- LULUS STR & BERSTATUS EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI-MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL-DISEMBER) |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM100/BULAN | RM200/BULAN |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM100/BULAN | RM150/BULAN |
| BUJANG | RM50/BULAN | RM50/BULAN |
- LULUS STR & BUKAN EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | AMAUAN BAYARAN SESI 1 (JANUARI-MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL-DISEMBER) |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | – | RM100/BULAN |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | – | RM50/BULAN |
CARA SEMAKAN STATUS LAYAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- PORTAL RASMI MYKASIH;
- PORTAL RASMI MYSTR.
SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYSTR
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]