SEMAKAN RM100 DALAM MYKAD – SEMAK STATUS ANDA SEGERA
Sebuah inisiatif Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan melalui akaun Kad Pengenalan (IC) yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cara semakan rm100 dalam mykad? Ikuti panduan lengkap di bawah sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD – SEMAK STATUS SEKARANG
SEMAKAN RM100 DALAM MYKAD
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini :https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN DUIT DALAM MYKAD
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan sebagai penerima SARA RM100 One-off :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Isi Rumah / Warga Emas;
- Terbuka kepada semua tanpa mengira jumlah pendapatan.
SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
SENARAI BARANG RM100 DALAM MYKAD
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA RM100 :
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
TARIKH DAPAT RM100 DALAM MYKAD
Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke IC atau MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
SOALAN LAZIM SARA ONE OFF
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Siapa layak menerima SARA RM100 UNTUK SEMUA?
- SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
- Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
- SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
- Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
- Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
- Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
- Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih SARA?
- Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
Malaysia Maju