SEMAKAN SARA : 2025 ONLINE (MYKASIH STR)
Program SARA 2025 dilaksanakan secara berperingkat mulai Januari 2025, dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Bagaimanakah cara semak sara 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SEMAK STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
APA ITU SARA
MySARA rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan sebagai bantuan tambahan yang berbentuk barangan keperluan asas yang mana ianya dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan (MyKad) peenrima pada setiap bulan.
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Berikut merupakan jumlah Bantuan mySARA yang dibayar selama setahun kepada penerima yang layak :
| JUMLAH BANTUAN SARA (PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR) | JUMLAH BANTUAN SARA (PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN) |
|---|---|
| ISI RUMAH : RM2,100 setahun | ISI RUMAH : RM900 setahun |
| WARGA EMAS : RM1,650 setahun | WARGA EMAS : RM450 setahun |
| BUJANG : RM600 setahun | BUJANG : – |
SEMAKAN KELAYAKAN SARA 2025
Layak atau tidak anda sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti cara semakan kelayakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CHECK BAYARAN SARA DIAPLIKASI
Untuk mengetahui bayaran Bantuan SARA telah dibayar atau belum di aplikasi, ikuti cara semakan berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.