SEMAKAN SARA MYKASIH ONLINE : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAKAN SARA MYKASIH ONLINE : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini memasuki bulan ketujuh iaitu Julai, di mana individu yang memenuhi syarat kelayakan dan penerima sedia ada akan menerima bantuan ini secara automatik terus kedalam Mykad, dengan itu dapatlah individu yang layak membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai yang terpilih di seluruh negara.

Bagaimanakah Cara Semak Sara Mykasih? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS STR 2025 : (FASA 3) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU SARA MYKASIH ONLINE

MyKasih SARA adalah program bantuan kerajaan Malaysia yang menyediakan bantuan kewangan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan dapur kepada golongan yang memerlukan.Bantuan ini disalurkan secara automatik melalui MyKad penerima dan boleh digunakan di kedai runcit yang terpilih. Program ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40 dan miskin tegar.

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH

Individu yang menepati syarat kelayakan sahaja boleh memohon Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) –Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  2. Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 –Bukan eKasih;
  3. Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KADAR BAYARAN SARA MYKASIH ONLINE

Jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mykasih disalurkan seperti berikut :

  • LULUS STR DAN BERSTATUS EKASIH
KATEGORI PENERIMA
LULUS STR & BERSTATUS EKASIH
AMAUN BULANAN (RM)
ISI RUMAHRM2,100 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
WARGA EMAS
TIADA PASANGAN
RM1,650 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BUJANGRM600 Setahun
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • LULUS STR & BUKAN EKASIH
KATEGORI PENERIMA
LULUS STR & BUKAN EKASIH
AMAUN BULANAN (RM)
ISI RUMAHRM900 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Disember)
WARGA EMAS
TIADA PASANGAN
RM450 Setahun
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

CARA SEMAKAN SARA MYKASIH ONLINE

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

KAEDAH 1KAEDAH 2
Portal Rasmi MyKasihPortal Rasmi MySTR

SEMAK DI PORTAL RASMI MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAK DI PORTAL RASMI MYSTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment