SEMAKAN SARA ONE-OFF 2026 : STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

SEMAKAN SARA ONE-OFF 2026 : STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

Jumlah rasmi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One off 2026 telah pun di nyatakan dibawah Kementerian Kewangan Malaysia, penerima yang berkelayakan boleh menyemak bantuan secara atas talian dengan kadar segera.

Bagimanakah Cara semakan SARA One-Off 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SARA ONE-OFF 2026 : SEMAKAN STATUS & BAYARAN

SYARAT LAYAK SARA ONE-OFF 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026, terdiri daripada :

  • Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
  • Berumur : Bermula 18 tahun dan ke atas
  • Kelayakan : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.

MANFAAT SARA ONE-OFF 2026

Kelebihan bantuan Sumbangan SARA One Off adalah seperti berikut :

  • Meringankan Beban Kewangan: Memberikan bantuan segera RM100 kepada semua dewasa untuk membeli barangan keperluan asas.
  • Akses Mudah via MyKad: Bantuan dikreditkan terus ke dalam MyKad, memudahkan penebusan tanpa memerlukan tunai.
  • Fleksibiliti Pembelian: Membolehkan pembelian barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, dan barang dapur lain.
  • Pilihan Pasar Raya Luas: Boleh digunakan di pasar raya utama termasuk Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, dan 99 Speedmart.
  • Bantuan Sasar: Sering disalurkan bersempena inisiatif kerajaan untuk golongan rentan dan merangsang ekonomi peruncit kecil.
  • Validiti Baki: Baki kredit yang tidak habis digunakan boleh dibelanjakan sehingga hujung tahun.

Catatan: SARA One-Off (SARA Untuk Semua) berbeza dengan SARA Bulanan/Berkala yang khusus untuk penerima STR miskin tegar/miskin.

CARA AGIHAN BANTUAN SARA 2026 ONE OFF

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF disalurkan secara tanpa tunai mengikut kaedah berikut :

Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima.

SEMAKAN SARA ONE-OFF 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).

JUMLAH & TARIKH BANTUAN SARA ONE-OFF

Bantuan SARA ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :

  • Nama Program : SARA untuk semua (SARA ONE-OFF)
  • Kelayakan : Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas)
  • Jumlah Bantuan : RM100 ONE-OFF (Sekali Bayaran)
  • Cara Pelaksanaan : Bantuan dilaksanakan di bawah Program SARA dan akan dikreditkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima
  • Tarikh Pelaksanaan SARA ONE-OFF : 9 Februari 2026.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA ONE OFF

Adakah bantuan ini dalam bentuk tunai?

Tidak. Bantuan diberikan dalam bentuk kredit MyKad untuk pembelian barangan asas.

Bolehkah wang RM100 ini dikeluarkan?

Tidak boleh. Ia hanya boleh digunakan di kedai berdaftar MyKasih.

Jika MyKad rosak atau hilang?

Segera uruskan penggantian MyKad di JPN kerana bantuan menggunakan pengesahan kad pengenalan.

Adakah warga emas turut layak?

Ya. Selagi berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment