SARA ONE-OFF 2026 : SEMAKAN STATUS & BAYARAN
Status bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One Off boleh disemak secara atas talian, jumlah dan tarikh agihan bantuan telahpun di umumkan oleh Kementerian Kewangan dibawah Kerajaan Madani 2026.
Bagaimanakah Cara Semak Sara One-Off 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA MOHON MYBRAIN 2026 : PANDUAN LENGKAP REGISTER BIASISWA MyBrain 2.0
PENGENALAN SARA ONE-OFF 2026
Bantuan SARA ONE-OFF ialah inisiatif Kerajaan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua rakyat Malaysia sebanyak RM100 secara sekali pelaksanaan bayaran (ONE-OFF) bagi meringankan kos sara hidup yang dihadapi.
SARA ONE-OFF diteruskan lagi pada tahun 2026, untuk membantu rakyat Malaysia dalam membuat persiapan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
Bantuan SARA ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :
- Nama Program : SARA untuk semua (SARA ONE-OFF)
- Kelayakan : Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas)
- Jumlah Bantuan : RM100 ONE-OFF (Sekali Bayaran)
- Cara Pelaksanaan : Bantuan dilaksanakan di bawah Program SARA dan akan dikreditkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima
- Tarikh Pelaksanaan SARA ONE-OFF : 9 Februari 2026
CARA SEMAK SARA ONE OFF 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila layari pautan laman web : https://sara.gov.my/.
- Halaman utama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [š Semak Kelayakan].
- Bahagian āSemakan Statusā akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- *Tanpa (-) dan tanpa <jarak> (Contoh : 850230112345).
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA One-Off akan dipaparkan.
- Selesai.
MANFAAT SARA ONE OFF 2026
Antara kelebihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One Off adalah seperti berikut :
- Meringankan Beban Kewangan: Memberikan bantuan segera RM100 kepada semua dewasa untuk membeli barangan keperluan asas.
- Akses Mudah via MyKad: Bantuan dikreditkan terus ke dalam MyKad, memudahkan penebusan tanpa memerlukan tunai.
- Fleksibiliti Pembelian: Membolehkan pembelian barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, dan barang dapur lain.
- Pilihan Pasar Raya Luas: Boleh digunakan di pasar raya utama termasuk Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, dan 99 Speedmart.
- Bantuan Sasar: Sering disalurkan bersempena inisiatif kerajaan untuk golongan rentan dan merangsang ekonomi peruncit kecil.
- Validiti Baki: Baki kredit yang tidak habis digunakan boleh dibelanjakan sehingga hujung tahun.
Catatan: SARA One-Off (SARA Untuk Semua) berbeza dengan SARA Bulanan/Berkala yang khusus untuk penerima STR miskin tegar/miskin.
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026, terdiri daripada :
- Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
- Berumur : Bermula 18 tahun dan ke atas
- Kelayakan : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
BARANGAN SARA 2026
Kredit SARA boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada lebih 14 kategori melibatkan puluhan ribu produk, berikut adalah senarai barang mykasih:
- Beras, roti dan bijirin
- Telur, minyak masak dan gula
- Makanan bayi dan lampin pakai buang
- Ubat asas dan barangan kesihatan
- Sabun, pencuci dan barangan kebersihan
- Alat tulis dan keperluan sekolah
Pembelian boleh dibuat di lebih 4,000 kedai dan pasar raya seluruh negara termasuk Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit berdaftar.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Adakah bantuan ini dalam bentuk tunai?
Tidak. Bantuan diberikan dalam bentuk kredit MyKad untuk pembelian barangan asas.
Bolehkah wang RM100 ini dikeluarkan?
Tidak boleh. Ia hanya boleh digunakan di kedai berdaftar MyKasih.
Jika MyKad rosak atau hilang?
Segera uruskan penggantian MyKad di JPN kerana bantuan menggunakan pengesahan kad pengenalan.
Adakah warga emas turut layak?
Ya. Selagi berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi ā 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]