CHECK SARA ONE-OFF 2026 : JUMLAH BAYARAN & STATUS KELAYAKAN

CHECK SARA ONE-OFF 2026 : JUMLAH BAYARAN & STATUS KELAYAKAN

Kesemua penerima tanpa mengira kategori dan kelayakan akan terima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara One-Off dengan jumlah yang sama sahaja dan boleh digunakan untuk beli apa sahaja barang keperluan asas di mana-mana premis terpilih seluruh Malaysia.

Bagaimanakah cara check SARA One OFF 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA ONE-OFF 2026 : STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

TARIKH AGIHAN SARA ONE-OFF 2026

Pemberian khas ini dikenali sebagai Bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan mula dikreditkan pada 9 Februari 2026, iaitu menjelang Ramadan dan musim perayaan utama. Tidak seperti bantuan bersasar lain, SARA one-off Februari ini diberikan kepada semua rakyat dewasa tanpa mengira status pendapatan.

CARA CHECK SARA ONE-OFF 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila layari pautan laman web rasmi : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [šŸ” Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ā€˜Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
    • *Tanpa (-) dan tanpa <jarak> (Contoh : 850230112345).
  6. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima Bantuan SARA One-Off akan dipaparkan.
  9. Selesai.

SENARAI BARANGAN SARA ONE-OFF

Kredit SARA boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada lebih 14 kategori melibatkan puluhan ribu produk, berikut adalah senarai barang mykasih:

  • Beras, roti dan bijirin
  • Telur, minyak masak dan gula
  • Makanan bayi dan lampin pakai buang
  • Ubat asas dan barangan kesihatan
  • Sabun, pencuci dan barangan kebersihan
  • Alat tulis dan keperluan sekolah

Pembelian boleh dibuat di lebih 4,000 kedai dan pasar raya seluruh negara termasuk Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit berdaftar.

CARA MOHON SARA 2026 ONE OFF

Tidak perlu mohon.

Kelayakan ditentukan secara automatik berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Selagi MyKad anda aktif dan maklumat diri adalah sah, bantuan akan dikreditkan secara automatik ke sistem MyKasih.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA ONE OFF

  • Adakah bantuan ini dalam bentuk tunai?
    • Tidak. Bantuan diberikan dalam bentuk kredit MyKad untuk pembelian barangan asas.
  • Bolehkah wang RM100 ini dikeluarkan?
    • Tidak boleh. Ia hanya boleh digunakan di kedai berdaftar MyKasih.
  • Jika MyKad rosak atau hilang?
    • Segera uruskan penggantian MyKad di JPN kerana bantuan menggunakan pengesahan kad pengenalan.
  • Adakah warga emas turut layak?
    • Ya. Selagi berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]


Leave a Comment