SENARAI BARANG MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA

SENARAI BARANG MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan secara bersasar untuk membantu rakyat yang benar-benar memerlukan dan disalurkan melalui MyKad bagi memastikan golongan tersebut menerima manfaat dalam bentuk barangan keperluan asas.

Apakah senarai barangan mykasih? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 SECARA ONLINE

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Jumlah Bantuan MyKasih yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima pada 1 April 2025 adalah sebanyak berikut :

KATEGORI KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN MYKASIH
Isi rumah STR & eKasihRM 200
Warga emas STR & eKasihRM 150
Bujang STR & eKasihRM 50
Isi rumah STR sahajaRM 100
Warga emas STR sahajaRM 50

SENARAI BARANG MYKASIH 2025

Kerajaan telah menyenaraikan barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan MyKasih seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH

Berikut merupakan cara menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas :

  1. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  3. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SENARAI KEDAI MYKASIH

Pada tahun 2025, MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 premis / kedai yang terlibat dalam pelaksanaan di seluruh Malaysia termasuk :

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • The Store;
  • Pacific;
  • Milimewa;
  • 99 Speedmart;
  • Lotus Stores (Tesco); dan
  • Pasar mini bebas.

*Rujuk senarai kedai terdekat di sini :
https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025

Untuk mengetahui status anda sebagai penerima barangan MyKasih, sila semak status anda mengikut panduan di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment