SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 SECARA ONLINE
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kategori isi rumah eKasih ditambah baik dengan peningkatan bayaran sebanyak 75% berbanding tahun sebelumnya menjadikan penerima layak menerima bantuan sehingga RM2,100 pada tahun 2025.
Bagaimanakah cara semakan status mykasih 2025? Ikuti info disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA GUNA MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP BELI BARANG
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025
Terdapat dua (2) cara semakan MyKasih SARA, iaitu :
| PORTAL RASMI | APLIKASI RASMI |
|---|---|
| mykasih.com.my | MyKasih |
Ikuti kedua-dua panduan semakan di bawah :
Panduan Semakan Di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini :https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH 2025
Bagi yang belum menggunakan Bantuan MyKasih SARA, ikuti panduan cara guna seperti berikut :
- Kunjungi kedai / pasaraya terpilih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori MyKasih:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]