SUMBANGAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN : FASA 3 2025 ONLINE
Bantuan kewangan Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kini memasuki pembayaran Fasa 3, melibatkan 8.6 juta penerima yang layak merangkumi kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas tanpa pasangan.
Bagaimanakah sumbangan tunai rahmah semakan? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : BTR HASIL SEMAKAN : FASA 3 2025 ONLINE
Pembayaran Bantuan STR Fasa 3 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tarikh berikut :
TARIKH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima sedia ada | Mulai 12 Ogos 2025 (selasa) |
Penerima baharu | Mulai 12 Ogos 2025 (selasa) |
SYARAT LAYAK SUMBANGAN TUNAI STR FASA 3
Penerima STR Fasa 3 disahkan berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :
- ISI RUMAH :
- Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (mempunyai anak yang menepati syarat); dan
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- WARGA EMAS :
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- BUJANG :
- Belum berkahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CARA BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SEMAK STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan atau maklumat bayaran STR Fasa 3, ikuti cara semakan di laman rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]