TARIKH STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Isi rumah, Warga Emas dan Bujang yang memenuhi kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengetahui maklumat berkaitan bayaran fasa ketiga (3) yang akan dibayar tidak lama lagi secara atas talian yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Bagaimanakah semak tarikh bayar Bantuan STR Fasa 3? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LIST BARANG MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA GUNA (PANDUAN LENGKAP)
APA ITU STR
STR 2025 adalah singkatan untuk Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2025. Ia merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40) untuk membantu mereka mengurangkan beban kos sara hidup.Bantuan ini merupakan kesinambungan dari program-program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Bayaran untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diagihkan seperti berikut:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Sedia ada dan baharu | Minggu Ke 2 Bulan Ogos 2025 |
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka bermula pada minggu kedua (2) bulan Ogos. Namun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025
Setiap penerima sedia ada yang akan menerima kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adaah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
ISI RUMAH B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | Tiada Anak : RM150.00 1 / 2 Anak : RM350.00 3 / 4 Anak : RM500.00 5 Anak Ke atas : RM650.00 |
ISI RUMAH M40 (Pendapatan bawah RM5,000) | Tiada Anak : RM100.00 1 / 2 Anak : RM200.00 3 / 4 Anak : RM250.00 5 Anak Ke atas : RM30.00 |
WARGA EMAS (Tiada pasangan) | RM150.00 |
BUJANG | RM150.00 |
CARA BAYARAN TARIKH STR FASA 3
Cara bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah melalui berikut :
- PENERIMA YANG ADA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
- PENERIMA YANG TIADA AKAUN BANK
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah dan Sarawak
KAEDAH SEMAKAN STATUS STR FASA 3
Untuk semakan status kelayakan dan maklumat bayaran Fasa 3, layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]