RAYUAN MATRIKULASI KPM : CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)
Bagi Permohonan Rayuan Matrikulasi Sesi 2025/2025 telah dibuka pada 10 Pagi 21 Mei 2025, Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang, layak untuk melanjutkan pengajian ke prauniversiti seperti Kolej Matrikulasi selama tempoh satu (1) hingga ke dua (2) tahun dan calon boleh memilih jurusan-jurusan yang diminati.
Bagaimanakah Cara Rayuan Matrikulasi KPM? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA BUAT RAYUAN MATRIKULASI
TARIKH SEMAKAN RAYUAN MATRIKULASI KPM 2025
Kini keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi pengajian sesi 2025 / 2026, boleh disemak bermula pada tarikh berikut :
| TARIKH SEMAKAN DIBUKA | WAKTU |
|---|---|
| 21 MEI 2025 (RABU) | 10:00 PAGI |
CARA SEMAK SYARAT KELAYAKAN MATRIKULASI 2025
Setiap jurusan pengajian Kolej Matrikulasi mempunyai syarat kelayakan yang berbeza, untuk mengatahui syarat kelayakan setiap jurusan, sila semak pada pautan di bawah :
- Syarat-syarat kelayakan setiap jurusan :
SENARAI JURUSAN PENGAJIAN MATRIKULASI 2025
Calon yang ditawarkan ke Matrikulasi boleh mengikuti jurusan-jurusan berikut :
- Jurusan Sains;
- Jurusan Kejuruteraan;
- Jurusan Perakaunan & Perakaunan Profesional;
- Jurusan Sains Komputer.
JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR RAYUAN MATRIKULASI
Calon yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan M40 dengan had tidak melebihi RM10,000 akan diberikan Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) iaitu sebanyak RM1,250 bagi setiap semester.
Setiap pelajar yang layak terima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) akan menerima bayaran bantuan dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap dan bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun pelajar.
SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025
Panduan Semakan Keputusan Matrikulasi Melalui Laman Web Rasmi :
- Sila layari laman web rasmi Kolej Matrikulasi di sini :https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm.
- Bahagian semakan keputusan tawaran Matrikulasi akan dipaparkan.
- Isikan ruangan yang disediakan dengan betul.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Keputusan tawaran pengajian Kolej Matrikulasi akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Keputusan Matrikulasi Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) :
- Buka mesej dalam telefon bimbit anda.
- Taip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P.
- Contoh : MOE MAT 070230113456
- Kemudian, hantar kepada 15888
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- E-mel :[email protected]; atau
- Talian : 03-8884 4083 / 4042 / 4098.