SEMAKAN MYKASIH SARA 2025

SEMAKAN MYKASIH SARA 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini diperluaskan kepada 5.4 juta penerima, termasuk mereka yang tidak tersenarai dalam eKasih, membolehkan mereka turut menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas dengan kadar yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah Cara Semak SARA? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : BANTUAN STR BUJANG 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

APA ITU MYKASIH SARA

MyKasih adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat yang layak, terutamanya golongan miskin tegar dan B40.Bantuan ini diberikan dalam bentuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA), di mana dana disalurkan melalui MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai yang terpilih.

SYARAT KELAYAKAN

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) –Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 –Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KADAR KELAYAKAN MYKASIH SARA

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
PENERIMA
BUKAN EKASIH
Isi rumah
RM100/bulan (bermula Januari-Mac)
RM200/bulan (bermula April-Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April-Disember)
Warga Emas tiada pasangan
RM100/bulan (bermula Januari-Mac)
RM150/bulan (bermula April-Disember)
Warga Emas tiada pasangan
RM100/bulan (bermula April-Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari-Disember)

MANFAAT MYKASIH

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 membolehkan penerima membuat pembelian 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian Klik [Semak Status].
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  6. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

MELALUI PORTAL RASMI MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  7. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

SEMAKAN CARA GUNA MYKASIH SARA

Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI BARANG MYKASIH

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Tepung / Minyak masak
  • Biskut / Mee Segera / Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
SEMAKAN MYKASIH SARA

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment