SENARAI BARANG MYKASIH SARA : TERKINI 2025
Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Bagaimanakah cara cemak senarai barang SARA MyKasih? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH SARA 2025
APA ITU MYKASIH SARA
MyKasih adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat yang layak, terutamanya golongan miskin tegar dan B40.Bantuan ini diberikan dalam bentuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA), di mana dana disalurkan melalui MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai yang terpilih.
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) –Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 –Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SENARAI BAYARAN MYKASIH SARA
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
| PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Isi rumah RM100/bulan (bermula Januari-Mac) RM200/bulan (bermula April-Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April-Disember) |
| Warga Emas tiada pasangan RM100/bulan (bermula Januari-Mac) RM150/bulan (bermula April-Disember) | Warga Emas tiada pasangan RM100/bulan (bermula April-Disember) |
| Bujang RM50/bulan (bermula Januari-Disember) | – |
MANFAAT MYKASIH
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 membolehkan penerima membuat pembelian 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).
SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH :
- Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
MELALUI PORTAL RASMI MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
SENARAI BARANG MYKASIH SARA
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Tepung / Minyak masak
- Biskut / Mee Segera / Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
CARA GUNA SENARAI BARANG MYKASIH SARA
Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]