TARIKH MASUK STR (2025 FASA 3)
Individu yang lyak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti Isi rumah, Warga Emas dan Bujang boleh mengetahui maklumat berkaitan tarikh dan kadar bayaran Bantuan Sumbangan Fasa yang ke (3) tidak lama lagi yang akan dikemaskini oleh Kementerian Kewangan (MOF) dalam masa yang terdekat.
Bagaimakah Cara semakan tarikh STR? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
APAKAH ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
STR adalah singkatan bagi Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan yang memerlukan, terutamanya mereka yang tergolong dalam kategori B40 dan M40, untuk membantu mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
SEMAKAN TARIKH MASUK STR FASA 3 2025
Kemasukan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada dan baharu | Minggu Ke 2 Bulan Ogos 2025 |
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka bermula pada minggu kedua (2) bulan Ogos. Namun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi.
SEMAK KADAR BANTUAN STR FASA 3 2025
Setiap penerima sedia ada yang akan menerima kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| ISI RUMAH B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | TIADA ANAK : RM150 1/2 ANAK : RM350 3/4 ANAK : RM500 5 ANAK KE ATAS : RM650 |
| ISI RUMAH M40 (Pendapatan bawah RM5,000) | TIADA ANAK : RM100 1/2 ANAK : RM200 3/4 ANAK : RM250 5 ANAK KE ATAS : RM300 |
| WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM150 |
| BUJANG | RM150 |
CARA MASUK SEMAKAN STATUS STR FASA 3
Untuk semakan status kelayakan dan maklumat bayaran Fasa 3, layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]