STR 2025 : FASA 2 SEMAKAN STATUS ONLINE
Kerajaan memperkasa pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan kadar peruntukan tertinggi dalam sejarah bagi tahun 2025 untuk memastikan golongan yang memerlukan terus mendapat bantuan kewangan yang mencukupi dan sewajarnya seiring dengan 6 rukun MADANI iaitu (M) keMampanan, (A) kesejahterAan, (D) Daya cipta, (A) hormAt, (N) keyakiNan, (I) Ihsan.
Bagaimanakah cara semakan status STR FASA 2? Ikuti info yang lebih lanjut disini.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2025
SYARAT LULUS STR
Syarat kategori kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada:
- Isi Rumah :
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang :
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:
| FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
| Pembayaran Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
| Pembayaran Fasa 2 | Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan pada 3 April 2025 Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan maklumkan dan kemaskini dari semasa ke semasa |
| Pembayaran Fasa 3 & 4 | Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
Kepada pemohon yang belum kemaskini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemaskini permohonan STR 2025.
CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Status bantuan ‘lulus’ atau ‘tidak lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
CARA PEMBAYARAN STR 2025
Bantuan akan disalurkan seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN STR |
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel :[email protected]