TARIKH BAYAR STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS

TARIKH BAYAR STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS

Pada 2025, dijangka hampir Sembilan (9) juta rakyat dewasa yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ketiga (3) pada tahun ini. Namun setiap penerima yang ada didalam sistem akan diagihkan bayaran secara berperingkat supaya pengagihan lebih teratur dan lebih sistematik.

Bagaimanakah Semakan Tarikh Bayar STR? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

APAKAH ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

STR 2025 adalah singkatan bagi Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2025, iaitu bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40).Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2025

Layari pautan Portal Sumbangan Tunai Rahmah di bawah untuk semakan status kelayakan penerima bayaran Fasa 3 :

LAMAN RASMIPAUTAN RASMI
Sumbangan Tunai
Rahmah (STR)
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai

TARIKH BAYAR STR 2025

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah seperti berikut:

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka akan dibayar akhir bulan Julai hingga Ogos 2025. Namun, bagaimanapun tarikh bayaran masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

*Nota : Sekiranya tarikh bayaran telah diumumkan secara rasmi, pihak kami akan kemaskini kembali.

AMAUN TERIMA BAYAR STR 2025

Bayaran yang diterima oleh penerima yang berkelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAAMAUN DITERIMA
ISI RUMAH
Pendapatan bawah RM2,500 kebawah
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM350
3 – 4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
ISI RUMAH
Pendapatan RM2,501-RM5,000
Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
WARGA EMAS
Tiada Pasangan
RM150
BUJANGRM150

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment